fbpx

Mandi dengan suami pun nak tayang – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI mandi buih Nora Danish bersama suaminya. Nedim mengundang perhatian dalam media sosial.

PETALING JAYA – Selepas dikecam menayang bentuk badan semasa melakukan aktiviti mendaki bukit baru-baru ini, pelakon Nora Danish sekali lagi menarik perhatian netizen apabila berkongsi beberapa keping foto ketika sedang bermain buih dan berendam di dalam tab mandi bersama suaminya, Nedim Nazri.

Rata-rata netizen berpendapatan adegan ‘mesra’ pelakon berusia 39 tahun itu ketika mandi bersama-sama suaminya sebagai keterlaluan dan tidak wajar untuk ditayangkan kepada umum.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif memuat naik beberapa keping foto ketika sedang berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih sabun bersama suaminya.

“Main buih kejap. Kalau nak tengok Santa Claus saya boleh lihat gambar seterusnya,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.

Walaupun tubuhnya ditutupi dengan buih sabun, netizen masih beranggapan perbuatan yang dilakukan pelakon filem Gila-Gila Pengantin Popular itu tidak wajar kerana bertentangan dengan budaya masyarakat di Timur.

“Tak sayang suami ke? Suami akan dilemparkan ke neraka jika membiarkan isterinya tidak menutup aurat,” komen seorang netizen.

“Pandangan saya, memanglah Nora dah tutup badannya dengan buih. Tapi situasi mandi dalam tab mandi tetap perkara yang perlu dijaga dan dipelihara daripada pandangan mata terutamanya orang Islam. Awak seorang yang baik. Saya harap awak semakin matang mengikut usia,” kata seorang pengikutnya.

Malah, ada juga netizen meninggalkan komen-komen nakal gara-gara cemburu melihat kemesraan yang ditayang Nora bersama suaminya.

“Aku nak blender telefon aku sebab sendu tak ada partner (suami),” kata seorang netizen.

NORA dan Nedim.

Apa yang menarik perhatian, komen seorang netizen yang mengkritik perlakuan Nora dan suami mengundang perdebatan pengikut lain. Tinjauan Kosmo! Online mendapat pemilik akaun tersebut teruk dikecam semula oleh penyokong Nora sehingga dituduh sebagai tiada otak kerana mempertikaikan perkongsian berkenaan.

“Mandi pun nak tunjuk? Kalau boleh ‘ehem-ehem’ tunjuklah sekali. Netizen ramai nak tengok,” tulis pengguna Instagram tersebut.

Difahamkan, percutian Nora ke Langkawi kali ini bagi meraikan ulang tahun kelahiran Nedim yang ke-38. Percutian tersebut turut disertai beberapa rakan mereka.

Terdahulu, Nora sebelum ini pernah beberapa kali menuai kecaman netizen apabila berkongsi beberapa perkara yang dilihat tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang wanita Muslim.

Selain dikecam kerana gemar berpakaian seksi sehingga menampakkan bentuk badan semasa percutian pertama mereka ke Langkawi baru-baru ini, Nora juga pernah dikritik selepas memuat naik gambar seolah-olah menayang bahagian punggungnya untuk tatapan umum pada September lalu

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi sekeping gambar dari arah belakang sambil memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya.

Rata-rata berpendapat seharusnya Nora tidak berkongsi gambar sedemikian kerana dilihat kurang manis lebih-lebih lagi statusnya sebagai isteri dan ibu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI