fbpx

Isu kumbahan: Kerajaan negeri tunggu laporan MBMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan limpahan air kumbahan di pusat beli-belah Dataran Pahlawan, dekat sini.

MELAKA – Isu berhubung dakwaan peniaga terpaksa menghidu bau meloyakan kesan daripada air kumbahan yang membanjiri tapak niaga di pusat beli-belah Dataran Pahlawan akan diselesaikan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhubung dakwaan itu yang gagal diselesaikan sejak 17 tahun lalu.

“Saya tunggu laporan sebab MBMB yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada saya. Perkara ini perlu ditangani segera, kononnya sampai 17 tahun takkan ambil masa lama nak selesaikan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2021 di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, peniaga Bazar Kraftangan di Dataran Pahlawan di sini terpaksa berdepan dengan masalah berulang air pembentungan membanjiri tapak berniaga itu sejak 17 tahun lalu.

Pengerusi Kebajikan Peniaga Heritage Gallery, Kadir Ahmad, 45, mendakwa, aduan telah dibuat kepada badan pengurusan bersama (JMB) dan pihak pemaju, namun tiada tindakan diambil seolah-olah lepas tangan.

Dakwanya lagi, kegagalan pam yang sudah uzur menyebabkan saluran tersumbat dan air kumbahan naik ke permukaan sehingga membanjiri seluruh kawasan bazar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI