fbpx

44 kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sebanyak 44 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,831 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,236 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (8), Sabah (6), Terengganu (5), Pahang (4), Pulau Pinang (4), Selangor (4), Sarawak (3), Kedah (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Perak (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI