fbpx

Bilik spa, sauna Suria KLCC hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik spa dan sauna musnah 100 peratus dalam kebakaran malam tadi. -Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Bilik spa dan sauna di Babel, Suria KLCC, di sini, dilaporkan hangus terbakar semalam.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada pukul 11.34 malam.

Katanya, seramai 39 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Pudu, BBP Keramat dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kebakaran.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta M. Amin, kebakaran itu melibatkan sebuah bilik spa dan sauna di Babel Suria KLCC di tingkat satu.

“Ketangkasan serta kepantasan pasukan bomba telah berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke unit lain.

“Kebakaran terbabit menyebabkan bilik spa dan sauna itu musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat di dalam kebakaran.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM KL,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI