fbpx

Covid-19: Tidak perlu bimbang, lebih 80 peratus rakyat Malaysia telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham.

SHAH ALAM – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 kerana Malaysia telah mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus rakyat negara ini telah mengambil vaksin Covid-19.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia yang dijangkiti Covid-19 perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah selama lima hari dan tidak ke tempat awam.

“Virus Covid-19 kini berada di sekeliling kita. Jadi, perlu terima hakikat bahawa Covid-19 ada di sekeliling kita,” katanya pada Siri Cakna Polisi Kronologi Satu Tahun Pertama Covid-19: Pengurusan Komunikasi dan Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Noor Hisham bagaimanapun mengakui, mengendalikan kes Covid-19 selama lebih setahun merupakan cabaran paling besar pernah beliau tempuhi sepanjang 35 tahun berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta semua negara membuat pengumuman sekiranya ada penduduk dijangkiti virus berkenaan pada awal kemunculannya.

“Menerusi genetic sequence (urutan genetik) yang diberikan pihak China, kita telah mengumpulkan 23 buah makmal milik kerajaan, universiti dan swasta melakukan kajian bagi mengesan virus tersebut.

“KKM juga telah melakukan beberapa persiapan awal seperti memperkemas sistem kesihatan awam supaya negara bersedia dijangkiti Covid-19 dan menutup pintu sempadan negara,” ujarnya

Beliau namun memaklumkan virus tersebut meledak pada Mac 2020 apabila beberapa peserta sebuah perhimpunan di Sri Petaling telah dijangkiti virus tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI