fbpx

Dr. Noor Hisham pernah buat 11 operasi bedah sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkongsi kenangannya apabila pernah menyertai operasi pembedahan pesakit sebanyak 11 kali dalam sehari di sebuah hospital di Australia.

Memori tersebut disifatkan kenangan epik yang sentiasa diingatinya dan ketika itu beliau perlu membantu seorang profesor untuk operasi pembedahan tersebut.

Kisah itu dikongsikan beliau yang memuat naik gambar senarai 11 operasi pembedahan tersebut pada hantaran Facebook.

“Saya ingin berkongsi momen epik yang diingati waktu di bilik pembedahan membantu Profesor Leigh Delbridge pada 2 Januari 1998 di Mater Misericordiae Hospital, Sydney Australia.

“Kami telah memecahkan rekod 11 operasi dalam sehari dan saya menyimpan senarai operasi tersebut yang mana saya hargainya sehingga hari ini.

Senarai 11 operasi pembedahan disertai Dr. Noor Hisham di Mater Misericordiae Hospital, Sydney Australia pada 2 Januari 1998.

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan untuk menjadikan perbezaan besar dalam pembedahan,” ujarnya.

Dr. Noor Hisham menjawat jawatan sebagai ketua pengarah sejak 2013 serta bersara wajib pada 21 April lalu.

Sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik Covid-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI