fbpx

4 lelaki ditahan curi besi keluli landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Besi keluli, Patrol Base Plate serta paku Long Spike yang bernilai RM31,200, yang dipercayai dicuri di sekitar Tapak Landasan Keretapi KM594,YTL, Temporary Yard, Jalan Genuang, Segamat, Johor.

SEGAMAT – Hanya dengan menggunakan motosikal, empat lelaki menjalankan kegiatan mencuri besi keluli dilokasi tapak pembinaan landasan kereta api sekitar daerah ini.

Taktik yang digunakan empat lelaki berusia diantara 20 hingga 40 tahun itu akhirnya terbongkar selepas mereka diberkas dalam beberapa siri tangkapan bermula 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, kejayaan itu susulan laporan yang dibuat kakitangan YTL Temporary di Tapak Landasan Keretapi KM 594, YTL Temporary Yard, Jalan Genuang, pada pukul 12.15 tengahari, 2 Disember, lalu.

Jelasnya, sebanyak 172 unit ‘Patrol Base Plate’ serta 700 unit paku ‘Long Spike’ besi keluli bernilai RM31,200 hilang disyaki dicuri suspek.

“Hasil risikan dan intipan dilakukan, polis berjaya menahan kesemua suspek mulai 8 Disember lalu, menerusi beberapa siri tangkapan di sekitar Segamat.

“Siasatan awal mendapati barang-barang yang dibawa keluar oleh suspek daripada lokasi kejadian menggunakan motorsikal secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI