fbpx

77 tahun usia manusia, kucing Adibah Noor hembus nafas terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi, Adibah Noor kehilangan kucing kesayangan yang dipeliharanya sejak 15 tahun lalu.

PETALING JAYA – Selepas 15 tahun mewarnai kehidupan penyanyi Adibah Noor, kucing kesayangan peliharaan vokalis wanita unggul tersebut menghembuskan nafas terakhir.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar memaklumkan, kucing  yang diberi nama timangan Bobby itu telah banyak berjasa terhadap dirinya.

“Bobby baru sahaja menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan saya. Terima kasih Allah atas kurnia dan kasih sayang-Mu, yang telah Kau salurkan melalui Bobby, yang Kau hantar kepadaku 15 tahun lalu ketika aku jatuh tersungkur.

“Bobby mesti gembira di syurga okey sayang. Bobby doa untuk Ma (panggilan buat dirinya) ya sayang,” tulis pelantun lagu Terlalu Istimewa itu menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Terdahulu pada 8 Disember, Adibah, 51, berkongsi berita duka bahawa kucing yang dipeliharanya itu telah jatuh sakit dan mengalami sawan.

“Bobby sedang sakit. Berusia 15 tahun kalau ikut usia kucing, 77 tahun (usia manusia).

“Saya (ketika itu) sedang memeluknya, bersedih dan berdoa dengan kuat untuk belas kasihan Allah,” katanya menerusi satu ciapan.

Selain Bobby, Adibah yang kini merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) turut memiliki beberapa kucing peliharaan lain yang diberi nama Along, Marco dan Billy.

Adibah merupakan seorang pencinta kucing dan untuk rekod, dia memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka termasuk kucing jalanan yang dibela di rumahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI