fbpx

Lain macam, peminat luah rindu lihat Neelofa melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

LAIN macam betul penangan Neelofa. Semuanya kerana sebuah video TikTok yang meluahkan kerinduan untuk melihat Neelofa pergi melancong ke luar negara.

“Aku seorang sajakah yang rindu dengan InstaStory Neelofa, lebih-lebih lagi ketika dia melancong ke luar negara. InstaStory dia titik-titik,” luah seorang netizen yang rindu.

Turut menyokong, terdapat segelintir netizen yang berpendapat antara faktor yang mengundang kepada berlakunya situasi tersebut ialah perubahan yang dilakukannya.

“Tanda dia sudah bahagia. Orang yang bahagia sebenarnya memang tidak akan aktif dalam media sosial.

“Rindu Neelofa yang dahulu tetapi sudah berubah ke arah kebaikan. Sudah biasa dengan melihatnya dahulu tiba-tiba berubah, jadi macam tidak biasa dan rindu,” kata seorang lagi netizen.

Rasa-rasanya tidak pernah pula terbaca peminat rindu melihat selebriti kesayangan mereka bercuti. Pelik tetapi itulah realiti.

Mungkin ini rezeki yang Tuhan beri kepadanya iaitu peminat yang baik-baik dan menyokong perubahan dalam hidup artis pujaan mereka.

MIZZ LAHAR: Ramai risau lihat Neelofa sangat aktif dengan kerja-kerjanya lebih-lebih lagi ketika sedang sarat mengandung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI