fbpx

Bubu naga sepanjang Sungai Pengkalan Datu dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Kelantan merampas bubu naga di kawasan Sungai Pengkalan Datu, dekat sini semalam. /FOTO IHSAN JABATAN PERIKANAN NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU – Jabatan Perikanan Negeri Kelantan merampas sebanyak 60 set bubu naga yang dianggarkan bernilai RM9,000 di sepanjang Sungai Pengkalan Datu-Wakaf Stan di sini semalam.

Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, Nazri Ishak berkata, bubu yang merupakan peralatan larangan itu ditemui di sepanjang sungai tersebut dengan jarak sejauh kira-kira lima kilometer pada pukul 2 hingga 6 petang.

“Siasatan mendapati, bubu itu dipercayai baru selesai digunakan oleh penduduk tempatan untuk menangkap ikan secara haram.

“Kesemua bubu naga itu dibawa ke Pangkalan Perlindungan Sumber Tawang, Bachok untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Nazri, berdasarkan Pekeliling Pelesenan Bilangan 5/2018 yang berkuatkuasa 1 November tiga tahun lalu iaitu pelaksanaan syarat tambahan bagi peralatan bubu di dalam buku lesen vesel dan peralatan menangkap ikan iaitu bubu yang dilesenkan tidak boleh mempunyai lebih daripada dua injap seunit.

Ujarnya, rampasan itu merupakan kes kedua tahun ini melibatkan bubu naga di lokasi Sungai Pengkalan Datu dan sekitar kawasan tersebut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI