fbpx

Akhyar sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKHYAR menjadi pemain ketiga negara yang disahkan positif Covid-19. - FB FAM

SKUAD Harimau Malaya semakin ‘tempang’ selepas kehilangan pemain sayap, Akhyar Rashid yang disahkan positif Covid-19 ketika ujian calitan dilakukan sebelum mengharungi aksi Kumpulan B bertemu Laos pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe bagi menjawab status ketiadaan Akhyar dalam skuad utama ketika pasukan menewaskan Laos 4-0 di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.

“Akhyar telah disahkan positif Covid-19 dan tidak dapat diturunkan pada aksi kali ini. Kami harap dia dapat pulih untuk membantu pasukan secepat mungkin,” kata Cheng Hoe pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, dua pemain negara Faisal Halim dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid terlebih dahulu dipaksa menjalani kuarantin apabila disahkan positif Covid-19 pada Ahad lepas.

Ketiadaan Akhyar dijangka memberi impak besar buat jentera serangan negara menjelang aksi ketiga Kumpulan B bertemu Vietnam pada Ahad ini.

Sebelum ini pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk membantu skuad negara menang 3-1 ke atas Kemboja pada saingan pembukaan Isnin lepas sehingga diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI