fbpx

Rashidi Ishak pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDI Ishak mendedahkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19.

PETALING JAYA – Selepas pelakon Daiyan Trisha dan penyanyi, Wani Kayrie disahkan positif Covid-19, kini giliran pelakon senior, Rashidi Ishak pula mengesahkan dirinya dijangkiti wabak tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Rashidi, 48, mengesahkan bahawa dia dijangkiti Covid-19 selepas mengalami gejala demam dan sakit badan sejak dua hari lalu.

“Maka bermulalah ‘percutian’ 10 hari yang tidak dirancang. Dah buat ujian calitan Covid-19 apabila pihak produksi menhentikan penggambaran kerana terdapat kes (positif) di set. Ketika itu, negatif (keputusan). Saya pun mulalah kuarantin kendiri di rumah.

“Tapi apabila dua hari sudah saya tiba-tiba demam teruk dan badan sakit, maka saya maklumkan pada pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat ujian calitan,” ujar Rashidi.

Selepas ujian calitan kali kedua dilakukan, doktor akhirnya mengesahkan bahawa dia telah pun dijangkiti wabak maut tersebut.

Dalam pada itu, doktor menyarankan supaya pelakon yang pernah membintangi filem Mami Jarum itu supaya tidak panik dan mengambil ubat serta melaporkan perkembangan diri sendiri kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pegawai kesihatan hubungi saya tanya beberapa soalan lazim. Saya pun jawab dengan tenang. Dia (pegawai kesihatan) minta  pergi pusat penilaian Covid-19 terdekat.

“Pihak penerbit pula hantar di rumah bekalan makanan dan juga oximeter (alat pengukur oksigen) supaya boleh pantau bacaan oksigen,” tulisnya.

Bercerita lebih lanjut, Rashidi memaklumkan bahawa dia sudah pun bergegas ke pusat penilaian Covid-19 di Nilai, Negeri Sembilan walaupun dalam keadaan sakit-sakit badan dan kepala berdenyut untuk diperiksan oleh pegawai perubatan.

Kata Rashidi, dia memberitahu sakit akibat dijangkiti Covid-19 bukanlah sakit biasa walaupun selepas seseorang itu telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Sumpah tak seronok sakit ini. Saya yang sudah lengkap dua dos vaksin pun masih sakit lagi. Terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang menelefon saya.

“Kalau saya tidak jawab, maknanya sedang tidur, mabuk ubat. Kalau anda semua ada gejala, pergilah periksa. Jaga diri dan kekal selamat,” tambahnya.

Terdahulu, sebelum Rashidi, dua lagi selebriti lain turut mengesahkan diri mereka dijangkiti Covid-19 iaitu Daiyan Trisha pada 4 Disember lalu serta penyanyi, Wani Kayrie sehari kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI