fbpx

Khairulazhan, Faisal masih berpeluang sertai skuad negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRULAZHAN sedang menjalani kurantin selepas didapati positif Covid-19 di Singapura kelmarin.

Oleh MOHD FITRIE MUHAMAD

KEBENARAN Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang membolehkan Malaysia menukar penjaga gol telah memberi ‘nyawa kedua’ buat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk mendapatkan barisan terbaik.

Ini kerana, kebarangkalian untuk Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim yang didapati positif Covid-19 kekal berada dalam pasukan tetap ada, namun bergantung kepada keputusan ujian calitan seterusnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, sebarang tindakan selepas ini bergantung kepada keputusan dibuat Cheng Hoe.

“Kedua-dua pemain ini sebenarnya bukan dikuarantin tetapi mereka sedang menjalani isolasi. Ini bermakna, jika hari ini mereka didapati negatif, mereka boleh sertai pasukan dengan kadar segera.

“Ada potensi untuk main balik. Kalau mereka negatif, mereka boleh sambung tugas bersama pasukan kebangsaan.

“Bergantung kepada Cheng Hoe. Ini pilihan untuknya dan dia juga akan buat keputusan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Barangan Rasmi Edis Kedua Harimau Malaya X Al-Ikhsan semalam.

FAISAL HALIM

Sebelum ini, skuad negara dikejutkan dengan berita dua pemain, Faisal dan Khairulazhan positif Covid-19 selepas ujian calitan di Singapura dikeluarkan.

Mohd. Saifuddin juga menjelaskan, hanya Cheng Hoe memiliki ‘kuasa veto’ untuk memilih pemain atau sebaliknya, bagaimanapun pelbagai aspek perlu diambil kira.

“Kita serahkan kepada Cheng Hoe sebab ini perancangan beliau. Kita kena faham bahawa proses kemasukan ‘orang baharu’ ini pun akan memakan masa.

“Kita kena dapatkan kelulusan daripada kerajaan Singapura dan di sana nanti, pemain itu kena lakukan ujian saringan dan menjalani isolasi 24 jam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI