fbpx

Asteroid gergasi menuju orbit Bumi menjelang Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid yang dipanggil Asteroid 2016 TR54 itu dijangka bergerak pada kelajuan 56,327 kilometer sejam pada pagi sehari sebelum sambutan Hari Krismas. - Getty Images

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran sebiji asteroid yang saiznya 10 kali ganda lebih besar daripada pokok Krismas Rockefeller di New York kini  dalam perjalanan menuju ke orbit Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Biarpun asteroid itu dijangka  berada pada jarak 6.43 juta kilometer dari Bumi, ia bukanlah sejauh yang disangka.

Malah, organisasi angkasa lepas menganggap mana-mana objek angkasa yang bergerak pantas yang berada dalam jarak tersebut dianggap ‘berpotensi berbahaya’.

Agensi angkasa lepas itu berkata, pihaknya  akan mengawasi asteroid itu.

NASA menganggap mana-mana objek bergerak pantas yang melalui dalam lingkungan 300  juta kilometer  dari Bumi sebagai Objek Dekat Bumi (NEO).

Asteroid yang dipanggil Asteroid 2016 TR54 itu dijangka bergerak pada kelajuan 56,327 kilometer sejam pada pagi sehari sebelum Hari Krismas.

Namun, tidak semua asteroid berbahaya dan mana-mana batu angkasa yang lebih kecil daripada sebuah kereta  akan musnah apabila memasuki atmosfera Bumi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI