fbpx

Program SelVax Booster bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) ketika sidang akhbar hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan memulakan program pemberian dos penggalak sendirinya, Program Selangor Vaksin Selangor (SelVax) Booster bermula esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 157,000 dos vaksin Sinovac akan digunakan sebagai dos penggalak.

“Semua dos ini akan diberikan secara percuma dan syarat mereka yang ingin mendapatkan dos ini adalah penduduk di Selangor berumur 18 tahun ke atas dan sudah terima dua dos vaksin.

“Mereka boleh hadir terus ke klinik Selcare untuk dapatkan dos ini dengan senarai klinik boleh dilayari di laman sesawang rasmi Selcare,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10.7 juta bagi melaksanakan Program Pengurusan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan pemantauan pesakit yang menjalani kuarantin kendiri melalui aplikasi SELangkah.

Amirudin turut menjelaskan, ini termasuk dari segi logistik, infrastruktur dan tenaga kerja bagi membantu CAC melaksanakan proses pemantauan pesakit positif Covid-19 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Kita akan menyumbang peralatan seperti komputer riba, tablet, wifi dongle, kad sim, mesin pencetak dan mesin pulse oximeter di setiap CAC dengan peruntukan bernilai RM298,988.

“SelVax Booster akan turut dilaksanakan di beberapa lokaliti tertentu berdasarkan permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI