fbpx

KPDNHEP Perak periksa harga bekalan sayur dari 3 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dottie Azlina (tengah) semasa mengetuai pemeriksaan harga bekalan sayur-sayuran di Lojing, Gua Musang semalam. - FOTO IHSAN KPDNHEP Perak.

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Perak telah menggerakkan tiga pasukan penguat kuasa bagi melakukan pemeriksaan harga semalam.

Tiga pasukan itu masing-masing ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands bagi melakukan pemeriksaan melibatkan peladang, pembekal serta pengimport sayur-sayuran.

KPDNHEP negeri Perak dalam hantaran menerusi laman media sosial rasminya memberitahu,
pemeriksaan itu bertujuan untuk melengkapkan siasatan rantaian pengedaran sayur-sayuran.

Menurut kenyataan tersebut, rantaian bekalan ini bagi pembekal sayuran yang dijual sekitar pasar raya dan pasar awam di negeri Perak.

“Ketua Pegawai Penguat kuasa negeri, Dottie Azlina Ismail telah mengetuai sendiri pasukan pemeriksaan dan melakukan lawatan dan pemantauan pada pengeluar dan pembekal sayuran di Lojing, Gua Musang dan di Cameron Highlands, Pahang.

“Beliau telah melakukan sesi libaturus bersama pengeluar bagi mendapatkan maklumat berkaitan isu kenaikan harga sayuran di pasaran,” ujar kenyataan itu.

Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dan Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011 telah diserahkan kepada pemilik premis yang dilawati.

Ia bagi mendapatkan maklumat berkaitan harga jualan dan kos belian bagi sayuran yang dibekalkan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI