fbpx

Kecantikan Permaisuri Selangor dipuji ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Permaisuri Selangor kelihatan cantik mengenakan persalinan kebaya negeri Selangor.

PETALING JAYA – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan memakai persalinan kebaya negeri Selangor yang diperbuat daripada fabrik Tenun Pahang Diraja sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-75 yang lalu.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office semalam, persalinan itu direka oleh Datuk Radzuan Radziwill dengan menggunakan fabrik yang ditelepuk emas dengan corak bunga tanjong pecah sembilan sebagai simbolik kepada sembilan daerah dan jajahan dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

“Untuk rekod, seni tradisional menghias kain Telepuk ini dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.

“Ia melibatkan proses menekap motif menggunakan cop ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun benang halus yang kemudiannya dilekapkan dengan kertas emas atau perada (serbuk emas atau perak),” katanya.

Selain itu, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) kini sedang giat mengembangkan seni telepuk ini agar dapat diteruskan oleh generasi akan datang sebagai usaha mengekalkan warisan kraf tradisional.

Tangkap layar orang ramai yang memuji kecantikan Tengku Permaisuri Selangor.

Sementara itu, rata-rata orang ramai memuji kecantikan Tengku Permaisuri Selangor dengan meninggalkan komen di ruangan Facebook.

“Ya Allah cantiknya Tengku Permaisuri Selangor memperagakan kebaya. Semoga warisan telepuk ini diangkat menjadi ikon warisan negeri Selangor,” kata Hisham Ibrahim.

“Cantik persalinan Tengku Permaisuri Norashikin. Apa pun moga lebih ramai rakyat jelata terutama wanita-wanita Malaysia memakai pakaian tradisional kita di majlis keramaian sebegini bagi mengembalikan kegemilangan pakaian tradisional wanita Melayu khususnya,” kata Haziq Hafiz. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI