fbpx

38 kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sebanyak 38 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,652 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,207 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (6), Perak (5), Kedah (4), Terengganu (4), Kelantan (4), Kuala Lumpur (4), Sabah (3), Pahang (3), Melaka (2), Negeri Sembilan (1), Johor (1) dan Sarawak (1), serta tiada kematian di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 60,329 kes aktif melibatkan 49,358 kes dikuarantin di rumah, 5,780 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,728 kes di hospital, 214 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 249 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI