fbpx

Taeyang rasmi bergelar bapa, timang anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEYANG dan isterinya, Min Hyo-rin menimang cahaya mata sulung mereka.

KHABAR bahagia daripada penyanyi Taeyang. Dia secara rasminya kini bergelar seorang bapa apabila isterinya yang juga pelakon Min Hyo-rin, selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi YG Entertainment, syarikat tersebut memaklumkan bahawa Hyo-rin melahirkan bayi lelaki.

Bagaimanapun, syarikat tersebut tidak mendedahkan maklumat lanjut seperti tarikh sebenar kelahiran bayi itu.

“Isteri kepada Taeyang, Min Hyor-in selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat,” ujar syarikat tersebut ringkas.

Taeyang, 33, mendirikan rumah tangga bersama Hyo-rin pada 3 Februari 2018 selepas mula berkenalan pada 2014.

Ketika itu, Hyo-rin terlibat dalam pembikinan video muzik lagu Taeyang berjudul 1AM.

September lalu, pasangan itu mengumumkan kepada peminat bahawa mereka akan bergelar ibu dan bapa apabila Hyo-rin hamil anak pertama selepas tiga tahun berkahwin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI