fbpx

Sayang Fatima melebihi segalanya, Fazura batal hasrat percutian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Nur Fazura membatalkan hasrat bercuti di luar negara kerana penularan virus baharu Covid-19, Omicron.

PETALING JAYA – Gara-gara penemuan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak, selebriti jelita, Nur Fazura membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisha bercuti ke luar negara.

Menerusi hantaran dalam Instagram, pelakon filem Pisau Cukur itu memuat naik sekeping gambar memaparkan berita luar negara yang melaporkan tentang penyebaran virus Omicron.

Kata Fazura atau nama lengkapnya  Nur Fazura Sharifuddin, demi keselamatan puteri kesayangannya, dia sekeluarga tidak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat.

“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.

Perkongsian isteri kepada Fattah Amin itu yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara untuk bercuti turut menyita perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau meninggalkan komen ringkas dengan meletakkan emoji tanda bagus seperti memuji tindakan yang dilakukan Fazura dalam melindungi keluarga tersayang.

Selain Noor Hisham, ruangan komen hantaran pelakon dan usahawan itu juga dibanjiri ratusan respons daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakannya.

“Ya, lebih baik duduk rumah,” kata Nad Zainal.

Hujung November lalu, dunia sekali lagi diancam bahaya apabila berlakunya penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang menular ke banyak negara di seluruh dunia.

Keadaan tersebut membimbangkan masyarakat dunia susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI