fbpx

Leylah mahu kekal momentum cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEYLAH giat menjalani latihan dengan adiknya Bianca sebagai persiapan mengharungi Siri Jelajah WTA bermula bulan depan. – AFP

LAS VEGAS – Pemain tenis sensasi Kanada, Leylah Fernandez sudah mula mengorak langkah dengan menjalani latihan pramusim ming­gu ini bagi memantapkan fizikal serta mental sebelum siri Jelajah WTA musim baharu bermula pada awal bulan de­pan.

Sebagai rekod, Leylah mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mara ke pentas final kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September lepas sebelum tewas kepada pemain remaja Britain, Emma Raduca­nu.

Kini, Leylah mengakui sudah mula mengatur strategi dalam memastikan momentum cemer­lang dapat diteruskan terutama pada satu lagi kejohanan Grand Slam, Terbuka Australia yang akan berlangsung pada Januari depan.

Kata Leylah, persiapan awal telah dilakukan dengan menjalani latihan pramusim bersama adik kandungnya yang juga pemain profesional, Bianca Fernandez bermula minggu ini.

“Saya bertuah kerana memiliki rakan sepelatih yang cukup akrab dengan diri saya iaitu Bianca kerana kami berdua berkongsi minat yang sama. Dia adalah pemain profesional yang baru menapak dalam industri dan begitu juga saya.

“Fokus kami berdua ketika ini adalah untuk menjalani latihan pramusim bagi memantapkan keadaan mental dan fizikal sebelum mengharungi tahun yang cukup mencabar pada Siri Jelajah WTA bulan depan,” kata pemain berusia 19 tahun itu.

Buat masa ini, Leylah yang juga memiliki darah kacukan Filipina berjaya menduduki ranking ke-24 dunia, manakala Bianca yang berusia 17 tahun berada di tangga ke-927 dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI