fbpx

Artis seni wanita jual NFT telur sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Narine Arakelian bergambar di hadapan karyanya semasa pamerannya di Art Miami. – Getty/ Jane Owen PR

MIAMI, FLORIDA – Seorang artis seni secara kontroversi dilaporkan menjual sel telurnya (ovum) dalam bentuk ‘token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti’ (NFT), lapor laman berita pagesix.com.

Artis seni berkenaan, Narine Arakelian, 42, berkata,  karya NFT pertamanya adalah sekeping lukisan berjudul Live bersama kontrak yang menjanjikan telurnya (ovum) kepada pembeli. Dia menjual lukisan itu ketika menyertai satu pameran seni di Miami, Florida.

Narine berharap agar pembeli NFTnya akan memperoleh zuriat menggunakan sel telurnya terutama bagi pasangan menghadapi masalah untuk hamil.

‘’Saya sangat gembira jika seorang kanak-kanak dilahirkan melalui karya seni saya,’’ kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia 21 tahun itu.

‘’Memberikan hadiah seni dan kehidupan adalah satu kreativiti yang indah. Semua karya seni saya adalah anak saya,’’ jelasnya.

Narine merupakan artis Armenia kelahiran Siberia yang berkarya di Los Angeles dan Moscow.

Karya beliau menggabungkan seni visual dan persembahan menggunakan teknologi digital baharu dan memberi tumpuan kepada isu sosial, budaya dan politik seperti stereotaip identiti jantina dan wanita. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI