fbpx

Wawa ‘dera’ Aeril, mahu ‘tutup kilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIHATAN Aeril seperti kepenatan ketika menyusukan anak bongsunya.

PETALING JAYA – Perkongsian video oleh pelakon Wawa Zainal ‘membuli’ suaminya, Aeril Zafril dengan menyuruh lelaki itu menjaga anak keempat mereka yang baru sahaja dilahirkan pada Selasa lalu mencuit hati netizen.

Bahkan, tindakan Wawa menyuruh suaminya menjaga anak keempat mereka itu adalah sebagai ‘hadiah’ hari jadi suaminya yang disambut pada 2 Disember lalu.

Dalam video berkenaan, kelihatan Aeril sedang menyusukan bayinya itu dalam keadaan kepenatan dan mengantuk sehingga hampir terlelap.

Ujar Wawa menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, dia sengaja membiarkan suaminya itu merasai kepenatan menjaga seorang bayi sebagai hukuman kerana mahu anak yang ramai.

“Selamat hari jadi sayang. Nah! Hadiah hari jadimu (jaga bayi). Kepenatan. Nak sangat anak ramaikan?” tulis Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30.

Tulis pelakon drama Sabda Kasih itu lagi, dia mahu memberi pengajaran kepada suaminya supaya bersetuju untuk tidak lagi menambah bilangan cahaya mata mereka.

“Saya buli dia sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang (tidak menambah cahaya mata),” kata Wawa.

Terdahulu Wawa selamat melahirkan cahaya matanya yang keempat, seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan pada Selasa lalu.

Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, Ayya Soffya, 1, dan bayi bongsu yang belum lagi didedahkan namanya. – K!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI