fbpx
Tangkap layar memaparkan tindakan seorang lelaki meletakkan kepalanya di atas bahu wanita yang tidak dikenalinya di dalam sebuah kapal terbang.

‘Ramai yang ambil kesempatan zaman sekarang’ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki meletakkan kepalanya dipercayai tertidur di atas bahu wanita di sebelahnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi hantaran yang dibuat di Twitter @shahirahrashid, memaparkan gambar dirinya bersama seorang lelaki yang sedang tidur lena di atas bahunya di dalam sebuah kapal terbang.

Menurut Shahirah, dia tidak dapat memberikan apa-apa reaksi mahupun respon mengenai situasi tersebut akibat berasa sedikit terkejut meskipun kurang selesa.

Susulan perkongsian terbabit, rata-rata pengguna laman sosial turut berkongsi kisah mereka ketika melancong serta meninggalkan pelbagai pesanan buat wanita yang berjalan sendirian.

“Berhati-hati, seorang kawan saya pernah diganggu secara seksual dengan pendekatan yang sama, nasihat saya adalah untuk merakamkan situasi tersebut atau letakkan barang di antara kerusi,” komen seorang pengguna dikenali sebagai Epul.

“Saya tak suka orang yang mengambil kesempatan dan tolonglah jangan bagi sesiapa ambil buat perkara macam ni lagi-lagi pada musim Covid-19 ni,” ujar Elsa di ruangan komen.

Dalam pada itu, orang ramai turut menggesa supaya wanita terbabit mengejutkan lelaki itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“You patut kejutkan dia, takutnya benar lain jadi,” seloroh Afizza.-K! ONLINE.

POPULAR