fbpx

‘Pas harus tetapkan pendirian jelas’ – Mohd. Sharkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD .SHARKAR Shamsuddin (tengah) pada majlis perasmian pertandingan Datuk Seri Mohd. Sharkar ESport Championship Leaque di Dewan Tun Razak di Temerloh, hari ini.

TEMERLOH – Pas yang dilihat bermain di dua ‘kolam’ pada masa ini perlu menetapkan pendirian jelas sama ada menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, Pas perlu mengkaji semula seterusnya meletakkan pendirian jelas, tidak hanya membuat keputusan demi kepentingan sendiri dengan membelakangkan persetujuan bersama sebelum ini.

“Sekarang ini kerjasama pada kami masih ada lagi tetapi terserah kepada Pas sebab Pas beritahu dia sokong MN, dia sokong juga PN tetapi di Melaka dia tidak sokong kita, dia lawan kita.

“Jadi tidak boleh waktu yang biasa dia sokong, waktu masa hendak pilihan raya dia buat keputusan hendak sokong mana-mana dia pergi ke PN. Mungkinse lepas ini dia ke MN pula pasal dia tengok PN kalah teruk di Melaka,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis perasmian pertandingan Datuk Seri Mohd. Sharkar ESport Championship Leaque di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Sharkar, pada masa ini kerjasama antara UMNO dan Pas masih terjalin dan terserah kepada parti berkenaan membuat sebarang keputusan dan UMNO sentiasa terbuka dalam soal kerjasama demi kebaikan rakyat.

Katanya, pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO dilihat berjaya meredakan kancah politik negara seterusnya dapat memastikan tumpuan diberikan kepada usaha membantu rakyat dan membangunkan negara.

Sementara itu beliau berkata, kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun tanpa sokongan Pas menunjukkan BN dan UMNO masih lagi relevan dan diterima rakyat.

Ujarnya, rakyat sedar parti mana yang boleh membawa kestabilan politik kepada negara dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI