fbpx

Senjata AI ala Terminator berpotensi lenyapkan umat manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan robot pemusnah berteknologi AI dalam filem The Terminator lakonan Arnold Schwarzenegger. – Getty Images

WASHINGTON – Pakar kompu­ter Amerika Syarikat (AS), Profesor Stuart Russel memberi amaran bahawa umat manusia boleh di­lenyapkan dengan menggunakan senjata berteknologi kepintaran buatan (AI) seperti yang dipaparkan dalam filem sains fiksyen, Terminator, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Russel berkata, risiko yang yang dicetuskan oleh senjata atau mesin pembunuh yang dilengkapi teknologi AI adalah sangat besar sehinggakan beliau mahu senjata sedemikian ­diharamkan oleh konvensyen antarabangsa.

Mesin pembunuh tersebut ­katanya, dilengkapi teknologi yang mampu mencari dan memusnahkan sasaran tanpa belas kasihan.

“Sebuah helikopter mini dilengka­pi teknologi AI yang boleh membawa maut, mungkin hanya memiliki saiz sekecil tin pengilat kasut.

“Kira-kira 3 gram bahan letupan sudah cukup untuk membunuh seseorang dalam jarak dekat,” katanya.

Russel menambah, satu kontena boleh menyimpan sehingga satu juta senjata maut itu dan boleh digunakan secara serentak.

Kementerian Pertahanan AS melaburkan wang yang besar dalam pembangunan mesin pemusnah AI, namun katanya, senjata itu sentiasa menggunakan manusia bagi proses tembakan.

Russel berkata, orang ramai mungkin perlu berasa bimbang dengan teknologi tersebut kera­na senjata yang diperkatakan sejak enam atau tujuh tahun lalu kini sudah mula dihasilkan dan dijual. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI