fbpx
Sebahagian penduduk yang terperangkap setelah rumah mereka ditenggelami banjir sebelum dipindah ke PPS terdekat di Kampung Chalok, Setiu hari ini.

Mangsa banjir Terengganu meningkat 135 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 135 orang dan melibatkan dua daerah terawal iaitu Setiu dan Kuala Nerus.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, setakat ini, lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di kedua-dua daerah iaitu empat di Setiu manakala di Kuala Nerus pula cuma satu.

“Buat masa ini, banjir telah menjejaskan 135 orang daripada 44 keluarga di kedua-dua daerah berkenaan.

“Ia merangkumi 111 mangsa daripada 39 keluarga di Setiu dan 24 mangsa daripada lima keluarga di Kuala Nerus,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, kawasan yang terjejas banjir di Setiu ialah Kampung Bari Besar, Kampung Chalok Kedai, Kampung Merbau Menyusut dan Kampung Gong Terap di sini.

Tambah beliau, Kampung Alor Damat kekal satu-satunya lokaliti yang dilanda banjir di Kuala Nerus.

“Pemantauan dan langkah berjaga-jaga masih diteruskan memandangkan hujan masih lebat dan fenomena air pasang besar akan berlarutan sehingga minggu depan,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR