fbpx

Jumlah perkahwinan catat penurunan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bilangan perkahwinan di Malaysia menurun 9.4 peratus kepada 164,589 pada tahun 2020 berbanding 203,661 pada 2019 disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 1.8 peratus bilangan perkahwinan orang Islam iaitu 145,202 pada 2020 berbanding 147,847 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan penurunan pada kadar lebih besar iaitu 29.4 peratus iaitu 39,387 pada tahun 2020 berbanding 55,814 pada tahun sebelumnya.

“Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi bagi perkahwinan orang Islam iaitu Sabah (19.3 peratus) diikuti Labuan (14.3 peratus) dan Selangor (5.9 peratus).

“Sebaliknya, tiga negeri menunjukkan peningkatan perkahwinan iaitu Putrajaya (14 peratus) diikuti Perlis (12.4 peratus) dan Kedah (8.4 peratus),” katanya menerusi kenyataan akhbar mengenai Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2021 dikeluarkan hari ini.

Katanya, tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang bulan Islam iaitu di Johor (38.4 peratus), Sabah (36.9 peratus) dan Pahang (36.3 peratus).

Mohd. Uzir berkata, umur penengah pengantin perempuan menurun daripada 27 pada tahun 2019 kepada 26 tahun pada tahun 2020 manakala, umur penengah bagi pengantin lelaki kekal pada umur 28 tahun.

Menurutnya, trend penurunan kadar perkahwinan di Malaysia ini adalah selari dengan negara lain seperti Australia, Singapura, Jepun, Kuwait, Palestin dan Turki.

“Perkahwinan tertinggi adalah dalam kumpulan umur 25 hingga 28 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

“Statistik juga menunjukkan umur pengantin lelaki dan pengantin perempuan paling tua direkodkan pada tahun 2020 adalah berumur 92 dan 84 tahun,” katanya.

Katanya, daerah Petaling merekodkan bilangan pertahwinan tertinggi bagi orang Islam dan orang bukan Islam pada 2020 diikuti Johor Bahru dan Ulu Langat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI