fbpx

Impian Malaysia lebur dek penangan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki remaja negara akur apabila tewas 0-4 kepada Perancis pada suku akhir Piala Dunia Remaja 2021 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India malam kelmarin.

PENJAGA gol hoki remaja negara, Che Shahrul Azmi Che Saupi dilihat terpaksa menelan kekecewaan berikutan kekalahan skuad negara tewas 0-4 kepada Perancis pada perlawanan suku akhir 2021 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India malam kelmarin.

Impian Malaysia untuk memperbaiki pencapaian terbaik tempat keempat pada Piala Dunia Remaja lebur selepas membenarkan Perancis meledak empat gol yang semuanya diperoleh menerusi pukulan sudut penalti.

Kapten Perancis, Timothee Clement membuktikan kehebatan sebagai penjaring kedua terbanyak apabila meledak tiga gol pada minit ke-14, 24 dan 60 selain satu daripada Mathis Clement pada minit ke-31.

“Kami sudah cuba sehabis baik tetapi tuah berpihak kepada mereka,” kata Che Shahrul.

Ketua pasukan hoki negara, Akhimullah Anuar Esook me­nganggap kekalahan itu sebagai pengajaran kepada mereka untuk tampil lebih baik selepas ini.

“Ini merupakan salah satu proses pembelajaran kepada kita, selepas membuat persiapan dalam masa yang singkat berikutan pandemik Covid-19,” ujarnya.

Selepas ini, Malaysia akan berdepan Belanda pada Jumaat ini untuk penentuan tempat kelima hingga lapan.

Untuk rekod, Malaysia memulakan kempen Kumpulan A menewaskan Chile 2-1 pada 24 November sebelum terikat 1-1 dengan Belgium (26 November) dan mengalahkan Afrika Selatan 4-3 pada 27 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI