fbpx

Hilang kerja, hak kebebasan, Rita Rudaini tak takut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI

PETALING JAYA – Percaya bahawa rezeki datangnya daripada Allah dan bukan tangan manusia membuatkan pelakon kontroversi, Rita Rudaini mengakui tidak peduli apatah lagi berasa takut sekalipun hilang kerja gara-gara tidak mengambil suntikan vaksin.

Perkara demikian diluahkan Rita, 45, menerusi InstaStory dengan mendedahkan, dia hilang pekerjaan dan hak kebebasan kerana enggan menurut perintah.

“Aku hilang pekerjaan kerana enggan turut perintah. Aku juga hilang hak kebebasan. Tapi aku tidak peduli dan takut.

“Yang aku takut, kalau hilang Allah. Kerana Dialah aku masih hidup. Kerana Dialah aku masih diberi rezeki entah dari mana datangnya,” tulisnya sayu.

Mungkin dia kehilangan pekerjaan, namun pelakon filem Rumah Maduku Berhantu itu bersyukur kerana sering didatangi orang yang baik-baik dan sudi berkongsi rezeki dengannya.

“Dia juga mengirimkan orang-orang yang baik untuk berkongsi rezeki dengan aku dan anak-anak. Itu cara Dia membantu aku.

“Walaupun aku bukan hamba-Nya yang taat dan baik dengan Dia, segalanya aku serahkan kepada-Nya. Ya Rabb, terima kasih. Pimpinlah aku menjadi hamba-Mu yang taat. Salam Jumaat,” tulisnya lagi.

Rita cukup terkenal dengan kelantangannya menolak suntikan vaksin tetapi menafikan dirinya anti vaksin dan memilih menjadi ‘prosafe’ iaitu individu yang menunggu vaksin betul-betul selamat untuk digunakan.

Disebabkan masih belum mengambil suntikan vaksin, dia pernah digugurkan daripada produksi drama 100 episod. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI