fbpx
Izham Hashim

Boleh buat laporan kepada SPRM – Izham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri terbuka kepada mana-mana pihaknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemampuan anak syarikat kerajaan negeri, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB) dalam mengendalikan projek Selangor Maritime Gateway.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, ini termasuk dari segi kelemahan LLSB membersihkan Sungai Klang dan ketidakmampuan syarikat itu membayar hutang dipinjam daripada kerajaan negeri .

“LLSB telah menjawabnya kepada Menteri Besar Incoprated (MBI) Selangor.

“Kami bersedia kepada mana-mana pihak yang curiga berhubung perkara ini boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Selangor tahun 2022 Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2021 hari ini.

Terdahulu, Hilman Idham (PN-Gombak Setia) mempersoalkan kemampuan LLSB susulan laporan audit dilakukan MBI Selangor yang telah menegur syarikat berkenaan berhubung kelemahan membersihkan serta mengutip sampah di Sungai Klang selain tidak mampu membayar hutang dipinjamkan daripada kerajaan negeri berjumlah RM45 juta.

Hilman turut membangkitkan syarikat tersebut dilaporkan rugi dianggarkan kira-kira RM35juta hingga RM40 juta dalam tempoh tiga tahun berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Meskipun rugi, syarikat berkenaan telah memberikan bayaran bonus empat bulan gaji kepada kakitangannya yang layak, selain membayar token sebanyak RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah,” jelasnya. – K! ONLINE

POPULAR