fbpx

Polis Wangsa Maju lupus barang kes judi bernilai RM38,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashari (tengah) bersama Kamarul Aris (kiri) melakukan simbolik majlis pelupusan barang kes judi di pekarangan IPD Wangsa Maju, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melupuskan pelbagai peralatan perjudian bernilai RM38,000 membabitkan 53 kertas siasatan yang sudah selesai dan sudah dikenakan hukuman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, jumlah barang kes yang diluluskan untuk tindakan lupus dan musnah di bawah perintah mahkamah adalah sebanyak 1,813 melibatkan kes yang disiasat antara tahun 2014 hingga 2020.

“Semua barang kes itu terdiri daripada 245 mesin komputer, 37 komputer riba, 311 telefon bimbit, 18 helaian kertas perjudian, 474 keping daun terup dan 728 buah mahjong.

“Nilai keseluruhan barang perjudian yang dilupuskan dianggarkan bernilai RM38,000,” ujarnya ketika sidang akhbar berkenaan majlis pelupusan pelbagai peralatan perjudian di IPD Wangsa Maju, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pendakwa Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kamarul Aris Kamaruddin.

Menurutnya, permohonan pelupusan barang kes melalui Perintah Mahkamah telah didaftarkan di dalam website e-kehakiman semalam di bawah Seksyen 407 (2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

“Permohonan itu telah diluluskan oleh Majistret Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Aina Azahra Tun Ariffin,” ujarnya.

Jelas beliau, pelupusan barang kes ini merupakan peringkat kedua dilakukan pada tahun ini yang mana kali pertama dibuat membabitkan barang kes bagi tahun 2010 hingga 2013. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN