fbpx
Pelbagai jenama pad di pasaran tetapi ada juga yang tidak mampu membelinya. - Gambar hiasan

Kain batik lama, tisu kecil jadi pilihan wanita miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketika wanita lain mempunyai banyak pilihan untuk membeli pad, nasib berbeza bagaimanapun terpaksa dilalui oleh sekumpulan individu di negara ini ketika mereka datang bulan.

Berkongsikan pengalaman mengenai kemiskinan haid, seorang wanita dikenali sebagai Khadijah, 46, berkata, faktor kewangan mendesak dirinya untuk memotong kain batik lama sebelum dilipat seperti tuala wanita untuk dijadikan pengganti pad.

“Saya berasa sedih ketika me­lalui dugaan hidup tersebut ke­rana tidak selesa untuk bergerak bebas sepanjang hari sama ada untuk bekerja ataupun melakukan kerja rumah.

“Anak perempuan saya yang berumur 16 tahun juga pernah menggunakan kain batik lama ketika datang haid kerana saya tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan membeli pad.

“Duit yang ada telah dihabiskan untuk membayar komitmen asas yang lain seperti sewa rumah dan susu anak-anak,” ujar ibu tunggal tersebut ketika dihubungi Kosmo!.

Bagi seorang lagi wanita dikenali Hawa, 24, dia turut terkejut melihat rakan seasramanya yang mengalami masalah tidak mampu untuk membeli tuala wanita ketika zaman persekolahan.

“Rakan saya itu menggunakan kain lampin yang dibasuh ber­ulang kali semasa haid. Namun, disebabkan rakan saya tidak pernah bercerita secara terperinci mengenainya, saya hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu memalukannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang gadis yang ingin identitinya dirahsiakan berkongsi di laman Twitter mengenai kisah keluarganya ketika melalui zaman kemiskinan haid.

“Ketika itu keluarga agak susah, kalau saya dan adik-beradik datang bulan, kami terpaksa korek duit dan cari duit syiling yang terselit sebab nak cukupkan wang untuk membeli pad.

“Sampai satu tahap, saya dan adik-beradik terpaksa memakai tisu dan potong kain untuk digunakan sebagai pad.

“Sebab itu saya cukup benci apabila orang menilai kemiskinan haid itu sebagai perkara remeh dan mahu perempuan perlu tangani kewangan dengan lebih baik. Mereka tidak sedar betapa bertuahnya golongan yang mampu untuk membeli tuala wanita,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN