fbpx

‘Hanya kematian yang dapat pisahkan kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Nynaa Harizal dengan suaminya Mohamed Fahmi Ilyas kini berbaik semula.

PETALING JAYA – Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Mungkin itu frasa yang sesuai untuk menggambarkan kemelut rumah tanggan pasangan suami isteri Nynaa Harizal dengan suaminya Mohamed Fahmi Ilyas.

Mengambil keputusan untuk berbaik semula semalam, Nynaa meluahkan rasa syukur selepas badai yang melanda mahligai bahagianya akhirnya berakhir dan kembali ke sisi suaminya.

“Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya. Saya sangat cintakan awak suamiku, Fahmi Ilyas. Hanya kematian sahaja yang dapat memisahkan kita,” tulisnya dalam satu entri Facebooknya.

TANGKAP layar status Facebook Nynna Harizal.

Dalam hantaran sana, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut memuat naik sekeping foto pada majlis perkahwinannya.

Untuk rekod, Fahmi, 29, dan Nynaa, 25, mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi tumpuan selepas Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan mengesyaki Nyna berada di kediaman keluarga mentua di Johor.

Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Kemudian, pada 11 November lalu, Fahmi yang diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan agar isterinya kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Badai rumah tangga mereka akhirnya berhenti selepas kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.

Semalam, Fahmi dan Nynaa dilihat hadir bersama menaiki satu kenderaan ke di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes tuntutan kembali taat.

Pasangan tersebut kemudiannya bersetuju untuk berbaik yang persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yusof Sulaiman pada sebutan semula kes permohonan Mohamed Fahmi untuk Nynaa kembali taat.

Pasangan itu mulanya menjadualkan satu media pada hari ini bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, namun membatalkannya pada saat akhir tanpa menyata alasan tertentu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI