fbpx

Chong Wei dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan kepada Chong Wei sempena Upacara Konvokesyen ke-58 USM di Balai Menghadap Hijau Istana Arau, Perlis hari ini.

ARAU – Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.

Dalam istiadat tersebut, baginda bertitah agar semua pihak berhenti melakukan aktiviti-aktiviti yang mengancam kesejahteraan masyarakat dengan keutamaan mestilah diberikan sepenuhnya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Pertelagahan mahupun pertelingkahan yang dapat meruntuhkan benteng perpaduan masyarakat termasuk melalui media sosial perlu dihentikan sepenuhnya.

“Inilah masanya untuk kita manfaatkan ilmu dan pengetahuan agar dapat keluar seberapa segera dari kemelut yang ada.

“Kita mampu melakukannya dan sama-sama memainkan peranan dalam memerangi Covid-19,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke-58 USM di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI