fbpx

‘Tak boleh kawal kutukan orang, mental perlu kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZLEY YAAKOB

PETALING JAYA – Kental berdepan kritikan sebaik nekad menyertai Gegar Vaganza (GV), Datuk Fazley Yaakob menganggap pertandingan realiti nyanyian itu sebagai eksperimentasi dalam berkarya.

Katanya, sebagai penyanyi bukan gelaran pangkat yang didamba, sebaliknya dia mahu nama Fazley Abang Asmara terus diingati ramai sebagai sebahagian daripada legasi kerjaya seninya.

“Sejujurnya saya akur terhadap kritikan yang membina iaitu sesuatu komen untuk penambahbaikan atau perubahan baik.

“Memang ada yang tanya kenapa saya benarkan diri dikutuk apabila sanggup memasuki program realiti selain sebab saya sendiri pernah duduk di kerusi juri dan beri komen kepada peserta. Ada juga sangka saya jadi juri GV.

“Saya lebih melihat kepada sisi positif terutama komen juri profesional yang bagus untuk transisi, manakala kutukan pihak lain pula sesuatu yang kita tidak boleh kawal. Lagipun bukan saya tak pernah berdepan kritikan, mental perlu kuat.

“Gelaran Datuk juga tak boleh bawa mati. Saya cuma nak nama Fazley Abang Asmara diingati. Inilah medan untuk bereksperimentasi dalam muzik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Beliau juga sempat menunjukkan demonstrasi penyediaan makanan menggunakan ramuan jenama AYA Real Food, walaupun sebenarnya baru pulang dari kelas vokal pada petang tersebut

Menerusi persembahan pertama di pentas GV8 pada Ahad lalu, Fazley yang juga cef selebriti menjadi peserta terbawah dengan pungutan markah paling rendah.

Namun menerusi minggu kedua menerusi lagu Laguku Untukmu, Fazley graf nyanyiannya tampak bertambah baik.

Pada masa sama, kelebihan sebagai penyanyi dan cef mendorongnya menyertai program realiti itu demi menyatukan peminat.

“Saya masuk GV antara sebab lain nak kahwinkan peminat. Maksud saya satukan peminat di arena masakan dan lapangan seni yang menyokong kerjaya saya sejak dulu,” tambahnya.

Ditanya sama ada bersedia andai empat cahaya matanya turut berisiko menerima kecaman di laman sosial, katanya peminat industri hiburan semakin bijak berfikir.

“Sejak pengumuman menyertai GV bukan saya saja jadi tumpuan, anak saya pun. Saya perasan akaun Instagram anak saya naik mendadak.

“Tapi saya masuk untuk suka-suka sahaja namun dalam erti kata sebenar ingin menimba pengalaman baharu selain pada masa sama tetap membuat persediaan sehabis baik sebelum beraksi.

“Jika tak suka, saya tak rasa mereka (penonton) akan ‘serang’ orang terdekat kerana pemerhati dunia muzik bijak untuk membuat pertimbangan.

“Dalam persembahan pula saya takut nyanyi lagu dangdut atau lagu asli. Selama ini saya berani dalam bilik saja tapi ketakutan itu yang mencetuskan rasa teruja sebab selalu saya nyanyi lagu sendiri,” katanya.

Berasa diri masih relevan sebagai pengkarya, akui Fazley lagi platform media sosial antara medium yang merapatkannya dengan penggemar
selain mengukuhkan jenamanya

“Awal dulu saya cuba dengan Twitter, selepas beberapa lama baharu saya menggunakan TikTok untuk berkongsi perkembangan tetapi ramai kurang suka.

“Begitupun ternyata percaturan saya tepat kerana ketika bersama satu jenama, pihak berkenaan tanya sama ada saya ‘main’ TikTok tak?

“Dalam dunia di hujung jari ini kena ikut selari dengan arus semasa supaya terus kekal releven, cuma berpada-pada supaya tak terkeluar
daripada niat asal,” ulasnya.

Dalam kesibukan membuat persediaan ke pentas GV8, Fazley yang ditemui di restoran miliknya SukaSucre Bistro yang kini beroperasi di Sri Hartamas turut rancak dalam dunia perniagaan sehingga dilantik sebagai duta produk makanan AYA Real Food.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI