fbpx

Kerajaan diminta pertimbang solat saf rapat – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf mencadangkan sudah tiba masanya saf solat di masjid dan surau dirapatkan selepas menilai perbandingan kebenaran yang diberikan untuk penyokong bola sepak.

PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan kebenaran bagi aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau tanpa ada penjarakkan saf.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau boleh dimulakan selepas membuat perbandingan situasi orang ramai berhimpun semasa perlawanan akhir Piala Malaysia semalam.

“Sudah tiba masanya untuk saf-saf solat di masjid dan surau dirapatkan. Individu boleh membuat saringan awal secara kendiri.

“Bagi yang terdedah kepada mereka yang positif, perlu ada kebertanggungjawaban kendiri dan elakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat awam termasuk masjid,” tulis beliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut menyertakan tanda pagar #SokongSafDirapatkan sebagai sokongan untuk jemaah di seluruh negara supaya dapat menunaikan ibadat solat dengan saf rapat semula. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI