fbpx

Jessica Iskandar mengidam nasi padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSICA ISKANDAR

PELAKON Jessica Iskandar yang kini sedang hamil anak kedua mengakui teringin untuk makan nasi padang.

Perkara tersebut didedahkan pelakon berusia 33 tahun itu saat ditanya peminat dalam Instagram.

“Kak, kamu mengidam apa saat hamil anak kedua?” tanya seorang peminatnya.

Pertanyaan tersebut lantas dijawab Jessica apabila memberitahu dia teringin untuk menikmati masakan nasi padang.

“Saya mahu nasi padang!” katanya ringkas.

Selain itu, Jesssica turut berharap dikurniakan seorang lagi anak lelaki untuk dijadikan teman kepada anak sulungnya, El Barack Alexander.

“Saya pada awalnya inginkan anak perempuan. Tetapi selepas difikirkan semula, saya mahu anak kedua ini juga lelaki,” katanya.

Sekadar info, Jessica telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang model tampan, Vincent Verhagg pada 22 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI