fbpx

Sakitnya luar biasa, Wawa selamat bersalin anak ke-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA ZAINAL dan suaminya Aeril Zafril semasa menimang anak keempat.

PETALING JAYA – Pelakon cantik Wawa Zainal selamat melahirkan anak keempatnya, seorang bayi lelaki pagi tadi.

“Alhamudilllah selamat melahirkan (bersalin) pagi tadi. Pukul dua pagi menahan sakit. Tidak sampai hati nak kejut Aeril (suami).

“Tunggulah sampai pukul lima pagi. Tiba di hospital dah sembilan sentimeter (bukaan bersalin),” tulis Wawa dan suaminya Aeril Zafril dalam Instagram masing-masing.

Menerusi perkongsian itu juga, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, menceritakan pengalaman kelahiran kali ini. Katanya, dia mengalami kesakitan luar biasa ini berbanding semasa melahirkan tiga orang anak terdahulu.

“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat (pengalaman),” ujarnya.

Untuk anaknya yang keempat itu, Wawa turut meminta cadangan daripada pengikutnya memandangkan bayi lelakinya itu masih belum diberikan nama lagi.

Sementara itu, suaminya Aeril menerusi hantarannya dalam Instagram melahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keempatnya dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulis Aeril.

Terdahulu Aeril dalam statusnya pagi tadi memberitahu, isterinya tiba-tiba mengalami tanda-tanda seperti hendak bersalin pada awal pagi tadi.

“Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” tulis Aeril.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan, Wawa dan Aeril dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI