fbpx

PGA bongkar sindiket proses arak tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad menunjukkan arak tiruan yang berjaya dirampas ketika sidang akhbar hari ini.

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah telah berjaya membongkar satu sindiket memproses arak tiruan bernilai RM3.7 juta dalam satu serbuan yang dijalankan ke atas sebuah gudang di Jalan Seri Wangi, Masai, dekat sini semalam.

Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner, Muhammad Abdul Halim berkata, dalam serbuan pada pukul 4.45 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga premis berusia lingkungan 20-an.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, lelaki berkenaan turut terlibat dalam mengurus pengedaran dan penghantaran arak-arak tiruan berkenaan.

“Dalam serbuan itu, kita telah merampas 56 kotak arak tiruan yang telah lengkap diproses dan dibotolkan serta 62 tong biru berisi cecair pati arak.

“Kesemua rampasan itu bernilai RM3.7 juta, manakala anggaran nilai cukai arak adalah sebanyak RM1.4 juta. Selain itu kita turut merampas dua buah kenderaan dan pelekat Kastam dipercayai palsu,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di lokasi berkenaan, di sini hari ini.

Tambah Muhammad, sindiket berkenaan dipercayai kembali aktif sejak enam bulan lalu selepas kerajaan melonggarkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Ekoran itu, sindiket ini dipercayai mengedarkan arak tiruan berkenaan kepada restoran-restoran di sekitar kawasan bandar raya ini.

Mereka dipercayai membeli tong biru berisi pati cecair alkohol sebelum mencampurkan arak berkenaan menggunakan formula mereka sendiri sebelum dibotolkan dan ditampal stiker dua jenama alkohol popular. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI