fbpx

PBT tangkap lembu berkeliaran di Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor lembu yang berkeliaran ditangkap dalam operasi yang dijalankan MDPP di sekitar daerah ini, semalam. /FOTO IHSAN MDPP

PASIR PUTEH – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah melaksanakan operasi menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran di sekitar daerah itu semalam.

MDPP dalam satu kenyataan hari ini berkata, usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dijalankan bagi memastikan penternak lebih bertanggungjawab mengawal selia ternakan mereka sekali gus tidak mengganggu ketenteraman awam.

Menurutnya, operasi itu bermula pada pukul 10 malam dengan melibatkan seramai 14 anggota penguat kuasa MDPP menjejak haiwan ternakan di sembilan lokasi yang sudah dikenal pasti.

“Kampung yang terlibat dalam operasi itu adalah Kampung Saring, Taman Farhana, Kampung Nara, lorong Haji Nik Mat, Bandar Baru Pasir Puteh Sentral, Kampung Tok Nik, Kampung Gong Kedak, Pachakan dan Tok Bali.

“Dalam operasi itu, kita menangkap dua ekor lembu masing-masing di Kampung Nara dan lorong Haji Nik Mat yang didapati berkeliaran di tempat awam,” katanya.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, kehadiran lembu-lembu yang kerap berkeliaran di kawasan jalan utama di Gong Kulim ke bandar Pasir Puteh di sini sering mengundang kemalangan melibatkan pengguna jalan raya.

Penduduk Kampung Gong Kulim di sini mendakwa, lembu-lembu itu sering melintas jalan di sekitar kawasan jambatan Gong Kulim pada waktu malam untuk mencari makanan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI