fbpx

Cucu P. Ramlee terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (dua kanan) bersama peguamnya, Latheefa dan Zaid (kiri) selepas dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Tinggi hari ini.

SHAH ALAM – Tiga termasuk cucu seniman ulung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar 4.6 kilogram dadah jenis Kanabis, tiga tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap Zakaria Nasir yang merupakan cucu P. Ramlee selain Mohd. Faizul Zulkifli, 39, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34.

Nurulhuda dalam penghakimannya menegaskan pihak pendakwaan gagal memanggil saksi yang material atau saksi penting bagi membuktikan kes pendakwaan.

“Justeru, timbul keraguan terhadap pertuduhan tersebut. Maka, ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah jenis Kanabis seberat 4,678.5 gram di sebuah unit rumah di Desa Idaman, Taman Puchong Prima dekat sini pukul 3.50 petang pada 15 Januari 2018.

Justeru, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail.

Manakala Zakaria Nasir diwakili Peguam Latheefa Koya dan Zaid Malek sementara Peguam Datuk Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah mewakili Mohd. Faizul.

Bagi Mohammad Saifuddin Darmawan pula diwakili Peguam Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI