fbpx

Agihan pendapatan ASN Imbang 1 sebanyak RM27.46 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun hingga kini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta untuk unit amanah harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

Sehingga 26 November lalu,  ASN Imbang 1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92 peratus, mengatasi penanda aras 50 peratus Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan 50 peratus Deposit Tetap 12 Bulan Maybank sebanyak 7.13 peratus.

Menurut kenyataan, jumlah pengagihan pendapatan yang diisytiharkan adalah bersamaan 2.74 sen seunit yang memanfaatkan 44,752 pemegang unitnya dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Pengagihan ini adalah bersamaan hasil dividen sebanyak 2.85 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini dana.

Dalam tempoh yang sama, ASN Imbang 1 mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM31.20 juta, sebahagiannya didorong oleh strategi kepelbagaian pelaburan ke pasaran antarabangsa.

 Sehingga kini, dana tersebut memperuntukkan sekitar 21 peratus daripada asetnya dalam ekuiti global yang menyumbang 61 peratus kepada pendapatan kasar. 

PNB akan meneruskan momentum usaha mempelbagaikan portfolionya agar institusi ini dapat memberikan pulangan yang mampan kepada pemegang unit.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI