fbpx

VTL Darat: Seorang remaja lelaki positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengembara yang baru sampai diasingkan berikutan ujian saringan yang dibuatnya positif sebaik tiba di Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang remaja yang didapati negatif ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Singapura dikesan positif di pintu masuk Malaysia pada hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat antara Malaysia-Singapura, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, kes positif Covid-19 pertama itu dikesan dalam rombongan kumpulan pertama yang membawa pengembara dari Kota Singa itu.

Beliau berkata, ujian pengesanan pantas (RTK-Antigen) On Arrival Test (OAT) Covid-19 yang dijalankan di balai ketibaan di terminal bas itu pula menunjukkan keputusan positif.

“Lelaki itu tiba di Larkin Sentral setelah menaiki bas pertama bersama 45 lagi penumpang lain pada pukul 9.10 pagi dari Terminal Bas Queen Street, Singapura.

“Apabila keputusan ujian saringan itu keluar, lelaki berkenaan terus diasingkan dan kini sedang dikuarantin Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Pengesanan kes ini membuktikan sistem VTL Darat yang dilaksanakan adalah berkesan. Individu yang positif terus diasing dan dikuarantin sekali gus tidak dibenarkan keluar dari tempat pemeriksaan,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pergerakan laluan VTL Darat, di terminal bas berkenaan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, satu kes positif Covid-19 dikesan di pintu masuk Malaysia pada hari pertama VTL Darat antara Malaysia dan Singapura.

Khairy berkata, maklumat itu diterima pagi tadi daripada pintu masuk antarabangsa Tambak Johor, iaitu satu kes positif dari ujian RTK-Antigen yang dikesan ketika ujian saringan semasa ketibaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI