fbpx

OMG tembak 1,453 gagak hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan menembak gagak MBSA sedang membidik gagak hitam yang banyak di sekitar Shah Alam

SHAH ALAM – Sebanyak 1,453 ekor gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak (OMG) yang dilaksanakan di sekitar daerah ini.

Operasi bermula pukul 6.30 pagi sehingga 9.00 malam tadi melibatkan 10 orang penembak.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, operasi itu bagi mengurangkan populasi gagak yang boleh menyebabkan kacau ganggu awam.

“Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah serta kawasan pembuangan sampah untuk mencari makanan menyebabkan pencemaran serta menimbulkan rungutan kepada orang ramai.

“Justeru, MBSA berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan dalam mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI