fbpx

46 pengembara Singapura tiba di Larkin Sentral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bali Anak Jalang (kiri) mendukung anaknya setelah lebih setahun tidak berjumpa sambil diperhatikan oleh isterinya, Donna Alicia sebaik tiba dari Singapura di Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 46 pengembara bagi kumpulan pertama tiba di Larkin Sentral, di sini dari Singapura melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL Darat).

Kesemua pengembara tiba di terminal bas menaiki bas TranStar pada pukul 9.10 pagi disambut oleh Penasihat Menteri Besar, Datuk Tee Siew Keong.

Ini adalah kumpulan pertama rakyat Malaysia dan pengembara yang menggunakan VTL Darat yang menyeberangi Tambak Johor buat pertama kali sejak hampir dua tahun sempadan antarabangsa ditutup akibat penularan wabak Covid-19.

Kesemua mereka perlu menjalani ujian pengesanan pantas (RTK), ‘On Arrival Test’ (OAT) Covid-19 semasa ketibaan mereka di balai ketibaan Larkin Sentral.

Terdahulu, seramai lima orang warganegara Malaysia yang mempunyai permastautin tetap (PR) menggunakan VTL Darat menaiki bas Causeway Link yang berlepas pukul 7.30 pagi menuju ke republik itu.

Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru.

Selain diwajibkan divaksinasi penuh, laluan VTL hanya menggunakan bas sebagai mekanisme pengangkutan.

Perkhidmatan bas VTL darat ditetapkan ke Singapura menerusi Terminal Bas Larkin Sentral sebagai lokasi turun naik penumpang di Malaysia manakala Terminal Queen Street dijadikan pusat turun naik penumpang di Singapura.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI