fbpx

Tiada bom ditemui dalam beg pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg pakaian yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Telawi Bangsar

PETALING JAYA- Polis mengesahkan tiada ancaman bom ditemui dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi tong sampah berhampiran kedai basikal di Jalan Telawi Bangsar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ternampak sebuah beg pakaian ditinggalkan dalam keadaan sempurna pada pukul 4.15 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat, pihaknya mengerahkan Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan pemeriksaan objek disyaki bom di dalam beg tersebut.

“Namun, tiada sebarang indikasi ditemui di dalam beg yang ditinggalkan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan rakaman imej separuh badan seorang suspek memakai seluar pendek telah meletakkan sebuah beg bagasi di lokasi kejadian sebelum beredar.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik apabila menemukan sebarang objek dalam keadaan yang meragukan dan terus menyalurkan maklumat yang diperolehi kepada pihak berkuasa.

“Saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang mungkin terlibat dalam insiden tersebut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberikan keterangan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI