fbpx
TFC terpaksa akur dengan kelebihan JDT beraksi di laman sendiri apabila mereka tewas dengan agregat 1-4 pada aksi separuh akhir kelmarin.

Nafuzi mahu terus kemudi TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain teringin untuk terus membimbing pasukan itu apabila kontrak semasanya ber­akhir Selasa ini.

Menurut ketua jurulatih ber­usia 43 tahun itu, masa dua tahun bersama pasukan itu dirasakan singkat apabila misinya bersama pasukan belum tercapai.

“Saya masih menunggu tawaran daripada TFC sama ada ditawarkan kontrak lanjutan pada musim depan atau tidak. Saya mempunyai beberapa hari sahaja lagi sebelum kontrak ber­akhir.

“Jadi, saya tak boleh nak kongsikan persediaan untuk musim depan setelah masa depan saya masih samar bersama pasukan. Terserahlah kepada pihak pe­ngurusan untuk menilai prestasi saya.

“Selagi TFC memerlukan khid­mat saya, saya bersedia untuk kekal berada di sini. Keutamaan saya ialah untuk Terengganu, saya punya misi yang belum tercapai,” katanya.

Pada aksi Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam kelmarin, TFC terkandas di pusingan separuh akhir de­ngan agregat 4-1 selepas tewas 3-0 pada perlawanan itu.

Biarpun tewas, pengendali kelahiran Kelantan itu tetap memuji kesungguhan anak buahnya memberikan yang terbaik ketika berdepan penyandang juara Piala­ Malaysia itu.

Nafuzi berkata, kealpaan pemain menyebabkan mereka me­lakukan kesilapan mudah dan dihukum pasukan tuan rumah.

“Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik malam ini. Walaupun mereka bermain dengan 10 pemain, bukan mudah menewaskan mereka yang banyak bermain bertahan.

“Jika Jordan Mintah dapat menjaringkan gol pada babak pertama, mungkin situasinya berbeza dan memberi tekanan kepada lawan,” ujarnya.

POPULAR