fbpx
Perkongsian tangkap layar menunjukkan seorang pengguna membuat hantaran meminta RM10 untuk membeli makanan kerana masih tidak mendapat gaji

Keluar ayat kesian dapat RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – ”Dalam masa sehari dah beratus kumpulan Facebook dia minta RM10 bila dah transfer dia terus menghilang dan tak tapat dikesan , ramai tertarik dengan ayat dia sebab kesian”.

Itulah perkongsian seorang pengguna Parit Buntar Is My Home yang membuat hantaran di Facebook mendedahkan terdapat hantaran kerap kali dibuat oleh seorang pengguna lelaki meminta wang jumlah RM10 di ratusan kumpulan Facebook yang lain.

Menurutnya, ramai orang sudah membuat bayaran RM10 melalui transaksi atas talian atas dasar kemanusiaan untuk membantu namun pengguna tersebut mendapati terdapat banyak hantaran di kumpulan Facebook yang lain dari pengguna lelaki itu membuat permintaan wang RM10 menggunakan kapsyen yang sama.

”Hampir setiap hari dia membuat hantaran ke semua kumpulan Facebook, tak payah kerja pun boleh kaya kalau seorang transfer RM10, 10 orang sudah menjadi RM100.

”Inila tips terbaru nak dapat duit tanpa bekerja,” ujarnya.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya menerima hantaran dari pengguna lelaki terbabit untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah dengan membuat laporan kepada Admin (Pentadbir)
kumpulan Facebook masing-masing.

Berdasarkan satu tangkap layar yang dikongsi menunjukkan seorang pengguna lelaki bernama Muhd Faiz membuat hantaran di sebuah kumpulan Facebook meminta jumlah RM10 untuk membeli makanan kerana masih tidak mendapat gaji.

”Sesiapa kalau saya nak minta pinjam RM10 boleh tak, saya nak buat minta beli makan, saya nak buat membeli makan gaji patutnya 7hb bulan ini tangguh jadi 7hb depan. Saya tak duit nak beli makan.

”Minta maaf terpaksa minta macam ini. Harap dapatlah beli makan, tak tahan lapar sangat dari kelmarin minum air sahaja,” katanya.

Melalui hantaran tersebut, pengguna itu turut meninggalkan nombor akaun bank untuk rujukan orang ramai
yang ingin membuat bayaran kepadanya melalui transaksi atas talian.- K!ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN