fbpx

‘Berubah jadi baik, diperli kenalan itu ujian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSUF BAHRIN dan Zizi Kirana berkahwin pada 19 September lalu.

PETALING JAYA – Dilihat semakin mendekatkan diri ke arah agama terutama selepas mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Zizi Kirana, pelakon Yusuf Bahrin enggan menyesakkan otak dengan memikirkan pendapat orang sekeliling tentang hijrahnya.

Yusuf atau nama lengkapnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 29, sebaliknya menyifatkan segala pandangan skeptikal dan kata-kata sindiran segelintir pihak kepadanya dari sudut positif. Baginya, segala respons tidak orang terhadap dirinya adalah sebahagian daripada ujian.

“Nak belajar jadi baik tapi kena perli dengan orang yang kita kenal itu ujian. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Doakan orang yang perli itu jadi lebih baik daripada kita masa akan datang. Hidayah milik Allah,” kata Yusuf.

Kongsi pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Perempuan Tanpa Dosa, sesiapa yang dilahirkan sebagai seorang Muslim patut berasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai penganut agama yang diredai Allah SWT.

“Bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib seorang yang baik hati budi pekerti yang menjaga baginda sampai hujung nyawanya tapi masih tak dapat hidayah Allah SWT.

“Untung kita semua umat Nabi Muhammad SAW lahir, lahir Islam. Tinggal nak usaha jadi seorang hamba yang baik sahaja,” katanya menerusi untaian status berserta video berkenaan agama dalam Instastory.

Tambah Yusuf lagi, sebagai seorang hamba Allah yang jauh daripada kesempurnaan, dia tidak kisah dicela sesama manusia andai mendapat reda Ilahi.

“Biarlah tak baik di mata manusia, asalkan baik di sisi Allah.

“Apatah lagi kita ini hamba yang jahil dan lemah, lagilah akan dicela sesama manusia,” luahnya.

Yusuf berkahwin dengan Zizi pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju yang hanya dihadiri kenalan terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI